Lokasi & Jadual Masa Perubatan
Alamat & Nombor Telefon |
||||||
|
||||||
Jadual Klinik |
||||||
| PENGUMUMAN PENTING Assalamualaikum wbrt. Kepada pesakit-pesakit dan orang ramai yang kami hormati, Kami ingin memaklumkan bahawa mulai January 2011, klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah akan bertukar operasi dibawah organisasi baru iaitu PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH Memandangkan permintaan pesakit yang sangat ramai, waktu urusan klinik baru ini akan ditukar mengikut waktu masa bekerja iaitu dari 9 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Khamis. Klinik akan buka pada waktu malam dari jam 9 malam hingga 11.30 malam dari hari Isnin hingga Khamis sahaja. Jadual rawatan di cawangan-cawangan klinik kami di luar Lembah Klang yang kami lawati sebulan sekali atau dua bulan sekali adalah sama seperti sediakala. Pada masa ini cawangan-cawangan klinik kami ada di bandar-bandar berikut - Melaka, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Langkawi dan Singapura. Dengan perlaksanaan jadual operasi klinik yang baru ini kami perlu menjalankan perkhidmatan perubatan sepenuh masa. Dengan itu kami akan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan yang diberi bagi menampung kos pengendalian klinik dan sara hidup keluarga kami, memandangkan kami tiada lagi bekerja sepenuh masa seperti dahulu. Bayaran perkhidmatan untuk setiap pesakit untuk satu rawatan di klinik Gombak dan di klinik cawangan-cawangan di luar Lembah Klang adalah sebanyak RM50, kecuali kes-kes rasuk bayaran rawatan adalah sebanyak RM80. Sebanyak 20% dari bayaran perkhidmatan ini akan disalurkan kepada Tabung Pembinaan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah di Janda Baik. Kami harap dengan perubahan jadual klinik dan penglibatan kami sepenuh masa di klinik ini dapat meningkatkan perkhidmatan dan juga mempercepatkan lagi jadual temujanji pesakit. Nombor talian talipon klinik baru ialah 03 6186 7368 (waktu pejabat isnin hingga khamis). UNTUK MAKLUMAN SEMUA, KLINIK AKAN TUTUP SELAMA 2 MINGGU DARI 11 JUNE HINGA 26 JUNE 2011 SEBAB SEMUA KAKITANGAN KLINIK AKAN MELAKUKAN IBADAH UMRAH. KLINIK AKAN MUKA SEMULA PADA HARI ISNIN 27 JUNE, 2011. SLOT "SYIFA" DI DALAM RANCANGAN NASI LEMAK KOPI O DI TV 9 Kami ingin memaklumlan mulai 28 January 2011, kami akan sertai rancangan NASI LEMAK KOPI O di TV 9 dalam slot "SYIFA" pada setiap hari Jumaat dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. Slot "SYIFA" dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O ini akan dirakam secara live setiap pagi Jumaat. Dalam rancangan ini kami akan membincangkan topic-topic tertentu seperti kemurungan, rasuk, kanser, gangguan saka dan lain-lain lagi. Kami juga akan memberi rangkaian ayat-ayat AL-Quran sebagai penawar kepada penyakit-penyakit yang dibincangkan pada hari itu. Para penonton boleh menalifon dan bertanya kepada kami soalan-soalan atau sebarang kemushkilan berkenaan topic yang dibincangkan. PAKEJ UMRAH Mulai tahun ini, kami akan mengadakan pakej umrah pada bulan June ini dan inshallah Ramadhan 10 hari terakhir. Jadual lawatan umrah untuk bulan June ini adalah seperti berikut: Tarikh : 11 June hingga 22 June Harga pakej untuk 4 sebilek : RM5,720 Hotel di Makkah : Hotel Ufuk Al Fateh atau setaraf (jarak lebih kurang 100 meter) Hotel di Madinah : Hotel Al Mubarak atau setaraf (jarak lebih kurang 80 meter) Harga tambahan untuk 2 sebilek : +RM600 seorang Harga tambahan untuk 3 sebilek: +RM300 seorang Kepada pesakit-pesakit yang menyertai pakej umrah ini, harga pakej ini juga termasuk sessi rawatan bersama saya dan Ashraf Muslim di Makkah. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Ayu Muslim melalui talian 03 6186 7368 waktu pejabat sahaja. Borang pendaftaran boleh didapati di klinik kami. UPACARA PERASMIAN PUSAT RAWATAN ISLAM AL HIDAYAH OLEH MENTERI PENGAJIAN TINGGI, DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN PADA 23 APRIL, 2011 DI SUNGAI PUSU, GOMBAK. Ingin saya maklumkan Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khaled Nordin pada hari Sabtu, 23 April 2011. Pada hari itu kami akan rasmikan juga website portal kami yang baru iaitu www.alhidayah-medic.com dan sistem teknologi maklumat e-hidayah yang baru. Sekian terima kasih. Hj. Lokman dan Mohd Ashraf Muslim 10 March 2011 ________________________________________________________________________________________________________________ PERUBATAN LUAR KAWASAN KUALA LUMPUR:- 1. Rawatan di KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU akan diadakan pada hari yang berikut: - 9 July (Sabtu) Masa rawatan dari jam 8.30 pagi hingga hingga 11 malam. Sila hubungi Cikgu Syed Othman tel nombor 019 986 1952 sekiranya hendak membuat temujanji. Alamat tempat berubat di Kuala Ibai - 964, Taman Desa Ibai Permai, Kuala Trgn. (Kalau dari KT, depan traffic light Masjid Terapong, belok kanan, junction yang pertama selepas kedai, belok kiri, terus masok dan jumpa wakaf, junction kanan yang kedua, belok kanan, rumah semi-d dua tingkat warna putih). 2. Rawatan di TELUK EMAS, MELAKA akan diadakan pada hari yang berikut: - 1 July (Jumaat) dan 2 July (Sabtu) Masa rawatan di Melaka untuk hari Jumaat 1 July adalah dari lepas ishak hingga lewat malam dan hari Sabtu 2 july dari 9 pagi hingga 10 malam sahaja. Alamat tempat rawatan di rumah Encik Muslim (Pak Lim) di Melaka - 52, Jalan Seri Emas 17, Taman Seri Telok Mas, 75460 Pernu, Melaka. Contact talipon number Pak Lim di Melaka ialah 019 286 0970 atau sms kepada 019 315 9377. Kalau dari Bandar Melaka menuju ke Umbai, bila tiba di traffic light depan Sekolah Henry Gurney, belok ke kiri masok ke Jalan Telok Mas. Rumah En. Muslim terletak di sebelah kanan, rumah teres 2 tingkat. Bila jumpa junction kanan yang pertama, belok kanan dan terus ke kanan lagi ialah Jalan Seri Emas 17. Nombor giliran untuk rawatan di Teluk Mas, Melaka adalah terhad. Sesiapa yang hendak membuat temujanji, boleh menalifon atau sms kepada Pak Lim melalui talian diatas. Temujanji untuk rawatan pada bulan April sudah penuh. Ada kekosongn untuk temujanji pada bulan May 2011. 3. Rawatan di KUCHING, SARAWAK akan diadakan pada hari yang berikut: - 23 July (Sabtu) Di Kuching, masa rawatan dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang. Alamat tempat rawatan di rumah Puan Juita Abang - 82 Taman Rahmat, Jalan Belian, Petra Jaya, 93050 Kuching. Sila hubungi Puan Juita tel nombor 019 857 0895 untuk keterangan lanjut. 4. Rawatan di KOTA KINABALU, SABAH akan diadakan pada hari yang berikut: - 24 July 2011 (Ahad) Di Kota Kinabalu, masa rawatan dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Alamat tempat rawatan di Lot 13, Kg Sipanggil, Jalan Pandan off Jalan Kompleks JKR Putatan, Kota Kinabalu. Sila hubungi Puan Haisah 010 982 8595 atau Tuan Hj. Ibrahim tel nombor 013 855 7780 atau untuk keterangan lanjut dan untuk menempah nombor giliran. 5. Rawatan di TAWAU, SABAH akan diadakan pada hari yang berikut: - akan di beritahu kemudian Di Tawau, masa rawatan dari jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Batu 2 Jalan Apas, no rumah 1322 bersebelahan dengan kedai Syarikat Motor Baru. Sila hubungi En. Susaini talian 013 883 0382 atau Puan Noraisah talian 013 880 0382 untuk mendapat alamat lokasi tempat berubat dan untuk menempah nombor giliran. 6. Rawatan di SANDAKAN, SABAH akan diadakan pada: - akan di beritahu kemudian Di Sandakan, masa rawatan dari jam 8 pagi hingga malam pada hari Ahad 20 March dari 9 pagi hingga zohor pada hari Ahad 19 December. Sila hubungi En. Fairul talian 012 864 8461 untuk mendapat alamat lokasi tempat berubat dan untuk menempah nombor giliran 7. Rawatan di BAYAN LEPAS, PULAU PINANG akan diadakan pada hari yang berikut: - akan di beritahu kemudian Masa rawatan dari jam 9 pagi hingga malam. Alamat tempat rawatan di rumah kediaman Dato' Zamzuri di Pulau Pinang - Blok 2D-9-03, Apartment Bayan Permai, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Nombor giliran boleh diambil selepas magrib jam 7.30 mlm pada hari Jumaat 25 February 2011. Kalau ada pertanyaan sila sms pada nombor tel 013 271 8031 atau sms kepada 019 315 9377. 8. Cawangan yang terbaru - SINGAPURA. Rawatan akan diadakan pada hari yang berikut: - 16 july (Sabtu) Masa rawatan dari jam 9 pagi hingga malam. Alamat tempat rawatan di kediaman Tuan Hj. Majeed, Block 166 Woodlands Street 13 #01-531 tel no. +6591324345. Sila talipon Tuan Hj. Majeed untuk membuat temujanji dan menempah nombor giliran. 9. Cawangan yang terbaru - LANGKAWI. Rawatan akan diadakan pada hari yang berikut: - 29 Oktober (Sabtu) Masa rawatan dari jam 9 pagi hingga lewat malam. Sila hubungi Cikgu Din melalui talipon 012 473 7594 untuk membuat temujanji dan menempah nombor giliran. Tempat rawatan akan diberitahu nanti. 10. Destinasi baru dalam perancangan - Brunei dan Jakarta, Indonesia. Inshallah kalau ada rezeki dan Allah izinkan, kami akan membuka cawangan di tempat-tempat ini. Saya sungguh terharu akan sambutan yang diberi dan kepercayaan dari orang ramai mengenai perubatan melalui Al-Quran ini. Saya bersyukur kepada Allah yang telah memberi saya dan adek angkat saya Ashraf Muslim hidayah untuk menolong menyebarkan mukjizat Al-Quran ini. Saya berdoa satu hari nanti Allah akan memileh ramai lagi pengamal-pengamal perubatan Syifa Al-Hidayah ini untuk menyebarkan mukjizat Al-Quran dan mengembalikan zaman kegemilangan Perubatan Islam melalui Al-Quran. Salam ikhlas dari, Hj.Lokman Abdul Hamid dan Ashraf Muslim. 11 june 2011 |
