Coretan
| Tajuk | E - Tsunami : Hebatnya Kekuatan Allah |
|---|---|
| Tarikh | 9-Jun-2006 |
| Bencana Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu masih menjadi tajuk hangat akhbar bukan sahaja di Malaysia tetapi akhbar antarabangsa. Ini kerana kesan dari bencana tersebut begitu hebat dan mengorbankan lebih daripada 150,000 jiwa dan kerosakan harta benda berbilion ringgit. Negara-negara yang menerima kesan gempa bumi dasar laut pada skala 9 ialah Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Pulau Maldives, India, Somalia, Kenya. Ombak setinggi 10 meter yang melanda tidak pernah dilihat manusia zaman ini. Di Indonesia beberapa pulau telah lenyap dari peta dunia berserta dengan penghuninya sekali. Sebagai orang Islam kehebatan bencana alam ini seharusnya tidak menghairankan kalau dibandingkan apa yang akan terjadi bila kiamat berlaku. Pada waktu itu nanti ayah tidak pedulikan anak, perempuan yang mengandung akan gugur kandungannya kerana hendak menyelamatkan diri. Waktu itu tidak siapa yang selamat. Bencana Tsunami ini sepatutnya membangunkan kita daripada tidur dan khayalan. Lihatlah betapa hebatnya kekuasaan Allah. Manakah kekuatan Kafir Amerika yang digeruni oleh orang Islam selama ini? Apakah kerana kesyirikan orang Islam zaman moden ini Allah telah memusnahkan mereka? Tanyalah diri kita sendiri. Memang tak dinafikan Indonesia terletak di laluan gunung berapi dan gempa bumi. Tapi bila bencana berlaku, seorang yang bertakwa akan lebih dulu memuhasabah diri kerana mungkin ada amalan yang tidak diredai Pencipta Yang Maha Agong. Marilah kita melihat dari aspek kemungkinan bahawa bala ini merupakan hukuman Allah. Acheh terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Apakah dari segi realitinya Islam itu betul-betul diamalkan oleh penduduknya. Kezaliman pemerintah Indonesia terhadap pejuang Islam dan kepada ulama sungguh terserlah. Mereka menurut apa yang Amerika mahu. Abu Bakar Basir difitnah dan dipenjarakan kerana menyampaikan ajaran Islam. GAM yang menentang kezaliman pemerintah Indonesia berjuang atas dasar apa? Apabila Allah menurunkan bala ianya akan mengena yang bertakwa atau tidak. Untungnya, yang bertakwa akan mendapat rahmat daripada Allah walaupun pada pandangan manusia ia kelihatan seperti hukuman juga. Begitu juga dengan kanak-kanak. Musnahnya bangunan-bangunan, rumah-rumah di Bandar Aceh tapi Masjid yang beratus tahun tidak terjejas. Mungkin Allah hendak membersihkan Serambi Mekah ini daripada bangunan yang dibina dari sumber haram. Masih ingatkah kita sebuah Masjid lama di Turki tidak mengalami kerosakan padahal bangunan sekelilingnya ranap ke bumi semasa berlaku gempa bumi dulu. Malaysia berbangga kerana berada di luar garisan gunung berapi dan gempa bumi. Maka pesta-pesta maksiat tidak dihiraukan malah mendapat sokongan kuat dari pihak berkuasa. Orang Melayu kita berpesta dan berseronokan. Selang beberapa hari mereka berduka. Lihatlah perempuan-perempuan Melayu di pesta tersebut. Yang sedihnya perempuan yang bertudung pun turut terjerit-jerit. Bila bala datang ianya tidak memilih yang bertudung atau tak bertudung, kanak-kanak atau sesiapa sahaja. Konsert Sureheboh sudah dilancarkan. Mufti telah mengharamkan. Tapi tidak dihiraukan. Tunggulah balanya nanti. Banjir paling teruk telah melanda Kelantan. Hukum Allah dicabar di mahkamah. Rakyat Kelantan memberi sokongan kepada mereka yang mencabar hukum Allah ini. Tunggulah masanya. Belajarlah dari sejarah umat-umat yang terdahulu di zaman Nabi Lut, Nabi Salleh, Nabi Noh. Perdana Menteri telah mengarah supaya tidak berpesta seperti biasa ketika menyambut tahun baru 2005. Penganjur pesta maksiat ini yang kebanyakan orang Melayu akur. Seruan yang sama telah disuarakan oleh alim ulama sejak dulu lagi kerana bertentangan dengan Islam tapi tak dihiraukan. Bukankah syirik namanya? Semoga kita dilindungi dari bala Allah. Kerajaan Thailand telah membunuh beratus-ratus orang Islam pada bulan Ramadhan yang lalu. Sedih kita melihat saudara kita menangis atas syahidnya keluarga. Ombak Tsunami membalas dengan membunuh beribu-ribu rakyat Thailand dan pelancong asing di bandar maksiat Phuket. Bukan itu sahaja berjuta-juta ringgit kerosakan harta benda juga dilaporkan. Di Sri Lanka, kekejaman tentera Tiger Tamil Ilam dan juga tentera kerajaan terhadap penduduk Islam bukan menjadi rahsia lagi. Apakah Bencana Tsunami yang mengena Sri Lanka merupa balasan kepada perbuatan mereka? Pulau Maldives sebuah negeri penduduk Islam. Presidennya seorang Islam yang berkelulusan Universiti Al Azhar. Pulau ini merupakan pusat peranginan yang popular di kalangan pelancongan dari barat. Nilailah sendiri akan apa yang disediakan di hotel-hotel dan tempat- tempat peranginan di Negara ini. Mungkinkah Tsunami merupakan amaran kepada Presiden berkelulusan Al Azhar ini? Di India penindasan Hindu kepada orang Islam sudah diketahui umum. Sehingga Masjid mereka pun dirobohkan. Memang layak mereka menerima sedikit balasan daripada Allah. Bencana Tsunami sepatutnya menyedarkan kita dari khayalan dan kederhakaan kita kepada Pencipta Yang Maha Gagah. Marilah sama-sama kita berdakwah menyampaikan apa yang patut disampaikan sekadar yang kita mampu. Sekian. |